Setiap kali nak mengisi pokok badan, setiap kali nak buat jurusan. Fikiran terus teringatkan Tok Su. Baru beberapa hari Tok Su 'pergi', baru beberapa hari Tok Su 'kembali' kepada-Nya, tapi ingatan seolah-olah Tok Su masih di sini.
Sabtu lepas (6/4/2013) - aku, emak, ayah dan adik ke pondok Tok Chik. Janji dengan Uncle dan Tok Su, jumpa di sana selepas isya'. Ketika kami sampai, Uncle dan Tok Su belum lagi sampai.
Sempat duduk berbual-bual dengan Tok Chik, sebelum Tok Chik memanggil aku dan berikan aku petikan surah Al-Dzariyat dari juzu' 30, ayat 1 - 30. Tok Chik suruh hafal dan amalkan. Pesan Tok Chik pada ayah, ayat itu elok untuk penyembuhan penyakit.
Dalam berborak, Tok Chik minta emak untuk duduk berlunjur mengadap ke arah kiblat. Emak sejak akhir-akhir ini jadi masuk hantu. Puncanya tempohari, beberapa kali dalam tidur emak tiba-tiba menjerit dan seterusnya hilang kesedaran.
Emak merepek yang bukan-bukan. Terkadang keluar perkataan 'barua' dari mulut emak. Keluar kata-kata makian. Aku,adik dan ayah, langsung emak tak kenal. Beberapa kali berubat, emak okey sekejap kemudian jadi lagi. Yang terkini, pada hari isnin minggu lepas 1/4/2013. Dalam jam 2 pagi, tiba-tiba terdengar bunyi cawan jatuh di dapur. Aku di atas turun ke bawah. Emak terkejut dari tidur, tiba-tiba seperti biasa, mula meracau yang bukan-bukan. Terkejut.
"Anak haram, barua. Bunyi apa tu? Hang pi tengok kas..." bertubi-tubi emak bersuara.
Ke dapur, aku lihat ada cawan yang pecah di atas lantai. Seketika, aku jadi binggung.
Ke ruang depan, adik aku lihat sedang memeluk wajah emak. Emak mula merepek yang bukan-bukan, panggil nama penuh jiran sebelah rumah. Kata emak, "Daje sebelah tu, bela hantu raya. Bini dia bela pelesit. Dia pengetua sek dot dot dot, dia hantaq aku mai sini. Aku tak mau, tapi dia tibai aku kalau aku tak mau mai..."
Bila tengok makin tak berkesudahan, walau dah dibacakan ayat kursi di telinga, dia masih ketawa. Di buka surah ruqyah dan yassin, langsung diejek-ejek. Ayah telefon Tok Su, kata Tok Su, dia tak pandai nak ubatkan kalau terkena yang begini.Tok Su suruh telefon Tok Chik. Ayah langsung telefon Uncle, ajak ke dusun Tok Chik di bukit.
Ke dusun Tok Chik, macam biasa emak merepek yang bukan-bukan. Maki-maki. Jam 6 pagi. Baru mak okey. Pulih balik.
Langsung kami balik ke rumah.
Pagi tu, masa tengah siapkan ayah nak ke sekolah. Emak terkejut lagi dari tidur tiba-tiba. Kali ini langsung meracau dalam Bahasa Inggeris. Langsung tak nak bercakap bahasa melayu. Jenuh dipujuk.
Mulanya, emak tak kenal siapa aku, siapa adik. Siapa ayah.
Emak pandang aku, "Girl, who are you. Are you my daugther?" soal emak.
"Adik, you're my son's eh adik?" soal emak.
Keesokkan harinya, bawa emak ke rumah Tok Su siangnya, kemudian malamnya ke rumah tok su lagi. Tapi memandangkan seolah-olah berlarutan, langsung malamnya ke rumah Tok Chik semula. Hinggalah kemudian Tok Chik pesan suruh datang hari sabtu.
Jadi Tok Su dan Uncle ke rumah Tok Chik malam sabtu tu sebenarnya atas tujuan nak berbicang bagaimana nak ubatkan emak. Sementelah, Tok Chik sebenarnya guru kepada Tok Su.
Di rumah Tok Chik, selepas emak diubatkan, Tok Chik langsung minta anak muridnya yang senior untuk tengok sama ada aku isi pokok badan dengan cara yang betul atau salah. Kemudian buat jurusan.
Sebelum tu, aku dengan Man masing-masing bertolak. Tok Su suruh Man buat jurusan sebabnya, malam tu, Tok Su nak minta Tok Chik isikan gerak pada Man. Dalam lawan bertolak, akhirnya aku mengalah dan aku yang mulakan.
Elok saja aku tutup latihan jurusan, aku tengok Uncle peluk Tok Su. Aku terkedu. Walhal baru je sebelum tu, Tok Su tersenyum tengok aku buat jurusan. Selama ni, gerak langkah jurusan 50 buah tu, Tok Su yang ajar. Aku selalu berlatih di rumah Tok Su. Kalau ada buah jurusan yang salah, Tok Su yang betulkan.
Bila tengok Tok Su tiba-tiba collapse, sesak nafas. Emak laju saja cek nadi tok su sebelum bagi bantuan CPR. Bila dapat detect semula beat nadi, langsung ramai-ramai kat situ cempung Tok Su bawa ke hospital. Kami semua ikut ke hospital.
Jam 12.30 malam, paramedik pronounce Tok Su dah meninggal lepas dia orang cuba bagi bantuan CPR selama 30 minit.
Aku terduduk. Terkedu. Aku pandang muka tok su perempuan, aku tak boleh kata apa. Setitis air mata pun tak keluar dari tubir mata toksu perempuan. Aku tengok muka Tok Su selepas tangan dikiamkan, dan kepala diikat tali. Tok Su nampak macam tengah tidur. Bibir Tok Su tersenyum. Muka Tok Su nampak tenang sangat. Riak muka Tok Su saling tak tumpah masa setiap kali Tok Su duk berubat.
Kata Man, Tok Su sempat mengucap, sempat sebut Allah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ketika aku rasa aku dah okey, masuk balik ke dalam ruang unit kecemasan di zon merah, aku buka naskah quran kecilku. Aku mula bacakan surah yassin. Hingga sampai ke bahagian tengah, hati aku tiba-tiba sebak. Air mata menitis laju. Suara sedikit tertatah-tahan.
Ada beberapa ayat di dalam surah yassin yang tok su selalu pesan pada aku untuk amalkan. Kata Tok Su, ayat tu yang digunakan untuk mengubat.
Aku teringat pesanan tok su padaku untuk banyakkan zikir.
Kata Tok Su, dalam hati jangan pernah berhenti berzikir. Walau ketika kita tengah makan, ketika tengah berborak, ketika tengah buat apa-pun. Hati sentiasa berzikir.
Dan, kebaikan Tok Su yang sudah aku anggap seperti wanku sendiri.
Tok Su sentiasa ambil berat tentang aku.
Kalau aku tak datang ke rumah sehari pun, tok su akan tanya, sihat ke tak?
Tiap kali kalau aku nak balik ke KL, Tok Su selalu pesan, "Jangan pi lama-lama. Habis kerja balik sini terus."
Selalu kalau ayah ke rumah Tok Su, ayah selalu telefon aku. Cakap tok su nak cakap.
Soalan Tok Su,
Sihat tak?
Isi pokok badan tak?
Buat jurusan tak?
Allah...
Sangat-sangat rasa kehilangan.
Tok Su bila berubat, ayat yang tak pernah putus dari mulutnya, "Saya cuma usaha, sembuh atau tidak tu atas kuasa Allah."
"Kalau dia sembuhkan, Alhamdulillah. Kalau dia tak sembuhkan pun, Alhamdulillah. Mungkin dia tak sembuhkan kita hari ini, tapi esok. Sebab perancangan 'DIA' tu lebih baik dari perancangan kita."
"Allah bagi penyakit, sebab Allah sayang kita. Kalau tak, kita mungkin lupa DIA."
Tok su, yang aku kenal; selalu merendah diri.
Tok su yang aku kenal, selalu tasbihnya di tangan.
Tok su yang aku kenal, sangat mengambil berat. Hinggakan orang luar sudah jadi seperti keluarga sendiri.
Semoga Allah sentiasa merahmati Tok Su
Menyayangi Tok Su sebagaimana Tok Su menyayangi kami dan kami menyayangi Tok Su
Semoga Tok Su dipermudahkan Allah di sana.
Insya-Allah, kami akan sentiasa ingat pada Tok Su.
Semoga Ilmu yang Tok Su turunkan pada kakak, pada emak, pada ayah itu akan memberikan barakah kepada Tok Su di sana.
Perginya Tok Su, seperti kata uncle " Hilangnya sebuah permata, perginya sebutir mutiara yang tak mungkin ada gantinya."
Al-Fatihah
My Graduation ceremony
1 week ago












